Mendaki Sense anjur pameran pertingkat kesedaran

0
264

MENDAKI Sense akan melancarkan pameran Making Sense of SkillsFuture Sabtu ini bagi meningkatkan kesedaran mengenai inisiatif SkillsFuture di kalangan masyarakat.

Pameran sulung itu merupakan usaha Mendaki Sense menyelaraskan pelaksanaan inisiatif nasional tersebut menerusi satu wadah bersepadu yang mengumpulkan penyedia latihan dan majikan di bawah satu bumbung.

Menerusi pameran itu, Mendaki Sense berharap dapat menyediakan peluang kepada pekerja hari ini dan akan datang meraih kemahiran bagi mendapatkan pekerjaan dan kekal boleh diambil bekerja.

Disokong rakan kongsi institusi dan pekerjaan, acara itu akan menjadi wadah yang menawarkan pelbagai kursus meningkatkan kemahiran dan peluang pekerjaan.

Selain peluang pekerjaan yang ditawarkan pelbagai majikan, rakan kongsi institusi Mendaki Sense juga akan menyertai pameran itu. Mereka akan berkongsi maklumat berguna mengenai sektor masing-masing.

Pakar daripada pelbagai bidang pula akan mengongsi topik yang penting kepada tenaga kerja hari ini.

Sementara itu, kursus yang ditawarkan di pameran tersebut termasuk latihan kemahiran seperti pengurusan orang ramai dan kepimpinan dan kursus lebih berkaitan dengan industri seperti kursus keselamatan.

Program penempatan pekerjaan juga akan dijalankan beberapa pemain industri sebagai saluran mencari calon sepadan dengan pekerjaan yang ditawarkan.

Pembimbing kerjaya Mendaki Sense akan berada di sana bagi menyediakan bimbingan kepada pekerja mengenai programme peningkatan kemahiran yang boleh mereka ikuti bagi meningkatkan peluang mereka diambil bekerja.

Pameran itu akan berlangsung dari 2 hingga 6 petang di WIS@Changi di Changi Road.


This article was first published on March 30, 2016.
Go to beritaharian.sg for more stories.

Category: 
Publication Date: 
Wednesday, March 30, 2016 – 10:42
Keywords: 
Send to mobile app: 
Source: 



Story Type: 
Others

Source link